1. Sentiasa mendengar. Suami mestilah jadi pendengar yang setia.
Mungkin suami selalu sahaja mendengar keluhan isteri yang selalu
sakit-sakit dan lenguh badan. Dengarlah rintihan mereka kerana mereka
mahukan perhatian yang tiada berbelah bahagi.
2.
Sentiasa membantu. Isteri yang hamil sentiasa mahukan suami yang sedia
membantu tanpa diminta. Nampak sahaja baju yag tidak lagi berbasuh atau
dapur yang masih bersepah, maka ringan-ringankanlah tangan untuk
membantu isteri. Bagi yang sudah mempunyai anak, bantuan suami
diperlukan untuk mengendalikan anak-anak yang lain.
3.
Sediakan tempat yang selesa. Isteri yang hamil memerlukan tempat yang
selesa. pastikan tempat tidur dan istirehatnya baik untuk kehamilannya.
Ini bagi memastikan isteri mendapat rehat yang cukup dan baik untuk dia
melahirkan anak nanti.
4. Pastikan isteri
mendapat makanan yang berkhasiat. Wanita hamil memerlukan makanan
berkhasiat bagi memastikan ibu dan bayi berada di dalam keadaan sihat.
Menjadi tanggungjawab suami untuk memastikan isteri makan makanan yang
berkhasiat dan mendapat vitamin atau makanan tambahan ketika hamil.
5.
Pastikan isteri menjalankan pemeriksaan rutin ketika hamil. Pemeriksaan
rutin ketika hamil adalah wajib untuk memastikan ibu dan bayi berada
dalam keadaan sihat dan selamat. Cari dan pilihlah klinik atau hospital
yang baik untuk isteri menjalankan pemeriksaan rutin.
6.
Merancang perbelanjaan keluarga. Apabila isteri hamil, maka
perbelanjaan keluarga juga akan meningkat. Masukkan kos pemeriksaan
rutin, kos hospital, barang-barang bayi
7.
Memastikan barang keperluan bayi dan isteri cukup. Memang ianya nampak
remeh tetapi ianya sangat penting. Barang-barang bayi seperti lampin,
baju, sarung tangan dan kaki dan sebagainya perlu disiapkan sebelum bayi
lahir lagi. Barang ibu pula seperti kain batik, lampin pakai buang,
baju blaus dan sebagainya perlu ada dalam senarai barang yang disenarai
suami. Duduklah bersama-sama isteri dan rasai pengalaman indah ini!
8.
Mencari dan memilih bidan yang baik dan sesuai untuk isteri. Bagi orang
Melayu, penjagaan selepas bersalin amat penting. Bidan yang dipilih
akan mengurut dan menadikan bayi untuk beberapa hari selepas bersalin.
9.
Fahamilah isteri. Wanita yang mengandung mengalami pelbagai perubahan.
Bukan sahaja perubahan fizikal tetapi juga emosi. Selalulah bertanya,
belai, atau urut isteri bagi meringankan kesukaran isteri.
10.
Berdoa dan solat. Suami janganlah lepas daripada menjalankan
tanggungjawabnya solat samada yang wajib mahupun sunat. Lazimi solat
sunat seperti solat sunat dhuha dan hajat dan sentiasa mendoakan agar
isteri dan anak yang bakal lahir akan selamat. Amalkan juga membaca
al-Quran kerana al-Quran mempunyai 1001 kebaikan dan penawar.
Semoga dengan kehamilan ini akan menambahkan lagi kasih sayang di antara suami isteri.