Assalamualaikum w.b.t.
Andai itu takdir Nya.....
Sanggupkah aku sebagai hamba Nya menerima????
Andai itu takdir Nya....
Dapatkah aku menghadapinya????
Andai itu takdir Nya....
Bagaimana aku mahu bangkit meneruskan kehidupan ini???
Andai itu takdir Nya...
Adakah aku akan menolak ketentuan Nya??
Andai itu takdir Nya....
Siapalah aku untuk menidakkannya????
Andai itu takdir Nya...
Dapatkah masa untuk aku pulih kembali???
Terkadang bila kita bertafakur kepada Nya.....bila kita bersujud kepada Nya.....kita menangis kepada Nya....Allah SWT tahu betapa diri ini telah mencuba sedaya upaya....dan apabila tangisan ini berpanjangan dan hati ini kedukaan, Allah SWT telah mengira titisan air mata....dan apabila juga diri ini telah mencuba segalanya tetapi tidak tahu tujuan...Allah SWT ada jalan penyelesaiannya...apabila diri ini keliru dan kecewa Allah SWT ada jawapannya....pasrah, redha dan tabah di atas apa yang berlaku kerana pasti Allah SWT telah mengaturkan sesuatu yang baik untuk kita.....
No comments:
Post a Comment