Wednesday, 10 April 2013

-perkahwinan melayu part 1-

Assalamualaikum w.b.t.

Moh kita citer cikit adat perkahwinan melayu ni....sumber dr DIY Kahwin@wedding...

Uniknya masyarakat Melayu kerana diwarnai dengan pelbagai adat resam yang telah diwarisi sejak turun temurun. Namun begitu, apabila disedari ada beberapa adat melayu yang bercanggah dengan syariat Islam, ia tidak lagi dipraktikan pada masa kini. Berikut adalah peringkat penting dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu:

  • Merisik
  • Meminang
  • Bertunang
  • Akad Nikah
  • Berinai
  • Majlis perkahwinan
Merisik

Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu:

  • Masih belum berpunya. (Islam melarang seseorang itu meminang tunangan orang)
  • Menyelidik latar belakang si gadis. (berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa dan pengetahuan agamanya).
  • Memberikan sebentuk cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan.

Kini, adat merisik jarang dilakukan kerana pasangan kini kebiasaannya telah berkenalan terlebih dahulu, mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.
 
Meminang

Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk:

  • Menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang.
  • Perbincangan berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan kelak.

Inilah dia cincin belah rotan yang selalu diberikan semasa adat merisik dan meminang
 

No comments:

Post a Comment