Sumber dari D.I.Y Kahwin@Wedding...
Bertunang
Majlis
pertunangan dilangsungkan dimana pihak lelaki akan diwakili oleh ahli
keluarga dan saudara mara terdekatnya. Majlis kenduri diadakan
bersempena pertunangan di rumah pihak perempuan. Hantaran yang diberi
terdiri:
- Tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama,
- Sebentuk cincin
- Hantaran:
- Seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah.
- Bilangan hantaran adalah Ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, atau sebelas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik.
- Jumlah hantaran daripada pihak perempuan akan Melebihi jumlah hantaran pihak lelaki.
- Adat menghantar belanja. Namun, ada juga yang menjalankannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.
Upacara ini melibatkan:
- Wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi.
- Pantun sering digunakan bertujuan untuk memeriahkan majlis.
- Setelah pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua belah pihak akan berbincang:
- Belanja perkahwinan,
- Tempoh pertunangan dan lain-lain hal yang berkaitan.
- Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah pihak.
- Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang:
- Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus
- Jika pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda.

Acara
Kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil
pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan
menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis
yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.
#Adat langkah bendul:
Sekiranya
pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran
untuknya juga turut diberikan. Namun adat ini tidak lagi dipraktikkan
dan jarang dijumpai pada zaman sekarang. Kebanyakkannya memberikan
hadiah istimewa sebagai tanda meminta izin untuk berkahwin awal sebelum
kakak pihak perempuan. Ia adalah salah satu cara adab menghormati kepada
yang lebih tua.
No comments:
Post a Comment