Sumber dari D.I.Y Kahwin@Wedding...
Adat Berinai
Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat:
a)Berinai curi: diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara mara terdekat sahaja.
b)Berinai kecil: diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.
c)Berinai
besar: diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad
nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak
perempuan.
Selepas
adat berinai besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di
rumah pengantin perempuan, sebaliknya akan terus pulang ke rumah atau
pun sekiranya rombongan tersebut datang dari jauh, pengantin lelaki akan
bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah
pengantin perempuan.
No comments:
Post a Comment