Friday, 27 December 2013

"sentap + touching"

Assalamualaikum w.b.t.

Sedar yang diri saya ni tak pandai..tak pandai wat benda tu..ini...tapi saya ni manusia kan....saya belajar untuk perbaikki diri....kenapa xnak percaya???nampak sangat kan awak bukan terima saya ni seadanya...siapa saya???siapa saya??

Yelah...saya sedar diri saya ni....saya bukan sape2 pun...saya cuma manusia biasa yang setiap hari menagih kasih sayang dan simpati dari semua orang...saya x pandai mana pun.....sebab apa???sebab saya hanya manusia biasa...sob...sob...sob...

Tapi....tapi!!!...tapi....saya belajar untuk pandai...saya belajar untuk diri saya...family saya...mungkin awak tak nampak.....awak x nmpak....sebab awak tak rasa apa yang saya rasa sekarang ni.....saya dipinggirkan...saya dilayan seperti kebudak-budakkan...saya tidak dpercayai....

Ya Tuhan...tabah kan lah hati hamba mu ini dalam menempuh segala dugaan dan cabaran yang telah engkau turunkan....entahlah.....saya sayang awak dan kenapa awak buat saya macam ni???saya macam x wujud....saya ni siapa awak???fungsi dan kegunaan saya ni apa awak???

Saya ingat saya boleh berkongsi apa jua dengan awak...tapi mungkin tidak...walaupun kita da patut pun berkongsi semua benda bersama...awak anggap diri saya ni asing bagi awak....saya x boleh tolong awak...saya tak boleh berkongsi masalah awak....saya tak boleh buat kerja awak (walhal saya tahu nak buat)...dan saya terfikir???untuk apa hubungan ini jika awak bukan dapat terima saya dan berkongsi apa sahaja dengan saya...

Mungkin...mungkin saya hanya tempat buat awak nk cr apa yang awak nak sahaja...mungkin....kenapa ye saya terfikir mcm ni????ya allah...

Please...saya merayu kat awak tolong jangan mempermainkan hati saya dan perasaan saya...saya da cukup menderita sebelum saya kenal awal...dan tolong awak....awak jangan buatkan saya hilang perasaan dan kepercayaan saya pada orang yang paling saya percaya...

Saya cuma manusia dan insan biasa....dan saya adalah isteri awak...real wife....belief it....jaga saya walau awak bukan terima saya seadanya...perkhidmatan saya kepada awak sampai jannah....saya tak minta apa2 dr awak.....even tempat tinggal, pkaian, makanan...cuma awak...percayalah.....sebab saya adalah saya...amin...



"touching + sentap"

Assalamualaikum w.b.t.

Sedar yang diri saya ni tak pandai..tak pandai wat benda tu..ini...tapi saya ni manusia kan....saya belajar untuk perbaikki diri....kenapa xnak percaya???nampak sangat kan awak bukan terima saya ni seadanya...siapa saya???siapa saya??

Yelah...saya sedar diri saya ni....saya bukan sape2 pun...saya cuma manusia biasa yang setiap hari menagih kasih sayang dan simpati dari semua orang...saya x pandai mana pun.....sebab apa???sebab saya hanya manusia biasa...sob...sob...sob...

Tapi....tapi!!!...tapi....saya belajar untuk pandai...saya belajar untuk diri saya...family saya...mungkin awak tak nampak.....awak x nmpak....sebab awak tak rasa apa yang saya rasa sekarang ni.....saya dipinggirkan...saya dilayan seperti kebudak-budakkan...saya tidak dpercayai....

Ya Tuhan...tabah kan lah hati hamba mu ini dalam menempuh segala dugaan dan cabaran yang telah engkau turunkan....entahlah.....saya sayang awak dan kenapa awak buat saya macam ni???saya macam x wujud....saya ni siapa awak???fungsi dan kegunaan saya ni apa awak???

Saya ingat saya boleh berkongsi apa jua dengan awak...tapi mungkin tidak...walaupun kita da patut pun berkongsi semua benda bersama...awak anggap diri saya ni asing bagi awak....saya x boleh tolong awak...saya tak boleh berkongsi masalah awak....saya tak boleh buat kerja awak (walhal saya tahu nak buat)...dan saya terfikir???untuk apa hubungan ini jika awak bukan dapat terima saya dan berkongsi apa sahaja dengan saya...

Mungkin...mungkin saya hanya tempat buat awak nk cr apa yang awak nak sahaja...mungkin....kenapa ye saya terfikir mcm ni????ya allah...

Please...saya merayu kat awak tolong jangan mempermainkan hati saya dan perasaan saya...saya da cukup menderita sebelum saya kenal awal...dan tolong awak....awak jangan buatkan saya hilang perasaan dan kepercayaan saya pada orang yang paling saya percaya...

Saya cuma manusia dan insan biasa....dan saya adalah isteri awak...real wife....belief it....jaga saya walau awak bukan terima saya seadanya...perkhidmatan saya kepada awak sampai jannah....saya tak minta apa2 dr awak.....even tempat tinggal, pkaian, makanan...cuma awak...percayalah.....sebab saya adalah saya...amin...



Monday, 1 July 2013

"married and life"

Assalamualaikum w.b.t.

I'm officially married...yeahhh..happy???sad???ntah la

happy sebab da ada peneman..peneman tidur...makan...belajar...semua la..yeke???hurmmmm..
dan perasaan sedih pulak sebab rasa jauh cikit ngan family....

tapi now i'm officially wife...akan aku jaga hubungan ini till jannah...amin...:)

Saturday, 20 April 2013

- kelemahan ku -

Assalamualaikum w.b.t.

Satu kelemahan ku yang tidak dapat dikikis dari dulu sampai sekarang....

....AKU MUDAH MEMAAFKAN ORANG....

Dan oleh sebab itu orang selalu sahaja memainkan aku....kerana..........

....AKU MUDAH MEMAAFKAN ORANG....


Friday, 12 April 2013

- 48 days to go -

Assalamualaikum w.b.t.

Harus dilupakan apa yang di ingin ni untuk ketika ini.....banyak keinginan yg hendak dipenuhi...tapi....apa kn daya.....hanya tinggal 48 hari je lagi...

Bak kata akak2 saya kt rumah tu....beli je apa yang terasa nak....buat je apa yang dirasakan nak...pergi je ke mana saja yang nak g...tapi apakan daya...hanya tinggal 48 hari je lagi...

Ok2...copppp....mesti korang tertanya2 kan apa benda yang tinggal 48 hari tu kan???ok...meh saya cerita apa sebenarnye 48 hari tu....

Hanya tinggal 48 hari je lagi saya akan bergelar bujang....O.M.G..nak percaya atau tidak???ye2...kita harus percaya okey....tinggal 48 hari saja...apabila selak2 je kalendar kt meja ni....kira2 date penting itu..., 48 hari je...nervous...takut...sedih...gembira...semua ada....perasaan itu telah bercampur aduk...

okey..dulu time sekolah2 tu pernah berangan nk tamatkan zaman bujang ni pada usia 25 tahun....oh tidak....itu cuma angan2 yang HARUS dilupakan....dalam usia 23 tahun 8 bulan saya akan menamatkan zaman bujang atau lebih dikenali sebagai zaman enjoy2...

Oh tidak.....seperti bermimpi....jom pi toilet siram air kt badan...kalau rasa sejuk tu maka nye real la tu..ini bukan main2 ye....

Wednesday, 10 April 2013

- perkahwinan melayu part 5 -

Assalamualaikum w.b.t.

Sumber dari D.I.Y Kahwin@Wedding...

Sebelum Majlis Perkahwinan
Persiapan yang dijalankan termasuklah mendirikan bangsal penanggah, khemah tetamu, menyiapkan pelamin dan bilik pengantin serta menyediakan bunga telur. Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja sehari.


Pada hari tersebut, majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Pengantin perempuan akan diandam oleh mak andam sebelum majlis persandingan bermula. Bagi mak andam tradisional, solekan pengantin didahului dengan jampi serapah untuk menaikkan seri muka pengantin dan diberi makan sireh untuk membuang perasaan gemuruh. Ada juga pengantin yang dicukur bulu kening dan dipotong anak rambutnya supaya kelihatan lebih menarik. Adat mengasah gigi juga dilakukan bertujuan untuk meratakan gigi. Namun adat ini sudah tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu hari ini. Kini perkhidmatan di Spa dan pusat-pusat kecantikan telah mengambil alih adat ini dengan pelbagai pakej persediaan perkahwinan yang menarik. Ia memberikan servis yang lengkap dan lebih praktikal untuk pasangan zaman kini.

Semasa Majlis Perkahwinan
Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan rombongan pengantin lelaki akan disambut dengan taburan beras kunyit. Pengantin perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan pengantin akan dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang sediakan. Pada kebiasaannya, persembahan pencak silat atau juga dipanggil menyembah pengantin akan diadakan. Selepas itu, pengantin akan akan dibawa naik ke rumah untuk adat bersanding pula. Di sesetengah tempat, pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan tangga, di muka pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan. Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu membayar tebus pintu atau tebus pelamin. Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga pahar. Semasa adat bersanding diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan. Para tetamu dan jemputan yang hadir juga akan diberi bunga telur pada hari tersebut.
 
Seterusnya, majlis makan berdamai atau dipanggil juga makan beradab dijalankan. Majlis ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak. Selepas majlis selesai, kedua-dua pengantin akan bersalaman dengan kedua ibu bapa dan sanak saudara serta hadirin yang datang.
 

Selepas Majlis Perkahwinan
Di sesetengah tempat, dua atau tiga hari selepas majlis perkahwinan, pasangan pengantin tersebut akan menjalani upacara mandi sampat atau mandi berlimau. Upacara ini dilakukan sebagai simbol kedua pengantin telah selamat bersatu sebagai pasangan suami isteri yang sah. Dalam upacara ini, kedua pengantin baru akan dimandikan dengan air mayang pinang, air kelapa atau air limau. Adat ini hanya dilakukan di kalangan ahli keluarga terdekat sahaja.
 
Seminggu selepas itu, adat menyambut menantu atau mengundang menantu akan diadakan. Di sesetengah tempat ia dipanggil majlis bertandang. Majlis perkahwinan akan diadakan pula di rumah pengantin lelaki tetapi sambutannya tidaklah semeriah majlis di rumah pengantin perempuan. Ada juga yang menjalankan majlis bertandang ini dengan hanya mengadakan doa selamat yang dihadiri oleh saudara mara dan jiran sekampung tanpa mengadakan majlis persandingan.

Setelah beberapa hari di rumah pengantin lelaki, pasangan suami-isteri tersebut akan dibawa melawat ke rumah kaum keluarga dan sanak saudara. Tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim di samping kedua pengantin dapat berkenal-kenalan dengan keluarga kedua belah pihak.
 

- perkahwinan melayu part 4 -

Assalamualaikum w.b.t.

Sumber dari D.I.Y Kahwin@Wedding...

Adat Berinai

Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat:

a)Berinai curi: diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara mara terdekat sahaja.

b)Berinai kecil: diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.

c)Berinai besar: diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan.

Selepas adat berinai besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan, sebaliknya akan terus pulang ke rumah atau pun sekiranya rombongan tersebut datang dari jauh, pengantin lelaki akan bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.



- perkahwinan melayu part 3-

Assalamualaikum w.b.t.

Sumber dari D.I.Y Kahwin@Wedding...

Akad Nikah

Akad nikah adalah ajaran agama Islam didalam melansungkan perkahwinan dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Rukun nikah dibahagikan kepada 5 iaitu:

1. Pengantin lelaki
Pangantin lelaki mestilah seorang Islam, baligh, berakal, tidak berada dalam ihram atau umrah, tidak dipaksa kahwin, tidak beristeri lebih dari 4 orang, lelaki yang tertentu dan perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.

2. Pengantin perempuan
Pengantin perempuan mestilah seorang Islam, tidak berada dalam ihram haji atau umrah, bukan isteri kepada seseorang, tidak berada dalam iddah dan perempuan yang tertentu.

3. Akad (Ijab & Qabul)
Di antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul. Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul. Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul. Lafaz ijab dan qabul tidak dikaitkan dengan sesuatu perkara serta tidak dibenarkan had atau tempoh masa bagi perkahwinan itu.

4. Wali
Syarat bagi wali ialah mestilah seorang Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, seorang lelaki yang adil, tidak dipaksa, tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan bukan seorang lelaki yang fasik.

5. Dua orang saksi
Syarat-syarat bagi saksi ialah mestilah beragama Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, dapat mendengar dan melihat dengan baik, tidak pelupa atau nyanyuk, memahami bahasa yang digunakan semasa lafaz ijab dan qabul dan tidak terkena atasnya menjadi wali.

Kebiasaannya majlis akad nikah:

  • Dijalankan di rumah pengantin perempuan. 
  • Majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki. 
  • Wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan sebelum upacara dijalankan. 
  • Pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis.
  • Tok kadi akan menemui pengantin perempuan untuk bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. 
  • Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. 
  • Tok kadi akan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau (nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak..(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). 
  • Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. 
  • Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul. 
  •  
  •  
  • Selepas akad nikah:
    • Pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang
      • Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. 
      • Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan. 
    • Adat berinai akan dijalankan di mana kedua mempelai ditepung tawar. 
      • Peralatan yang digunakan untuk upacara ini ialah semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit, sepiring inai, beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar. 
      • Wakil kedua-dua pihak akan menjalankan adat tepung tawar ini dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tapak tangan pengantin. 
      • Beras kunyit dan bertih tadi pula ditabur di hadapan pengantin dan juga kepada para hadirin. 
      • Bunga telur akan diberi kepada mereka yang menepung tawar. Jumlah orang yang menepung tawar lazimnya dalam bilangan ganjil.
     

-perkahwinan melayu part 2-

Assalamualaikum w.b.t.

Sumber dari D.I.Y Kahwin@Wedding...

Bertunang

Majlis pertunangan dilangsungkan dimana pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya. Majlis kenduri diadakan bersempena pertunangan di rumah pihak perempuan. Hantaran yang diberi terdiri:

  • Tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama,
  • Sebentuk cincin
  • Hantaran:
    • Seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah.
    • Bilangan hantaran adalah Ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, atau sebelas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik.
    • Jumlah hantaran daripada pihak perempuan akan Melebihi jumlah hantaran pihak lelaki.
  • Adat menghantar belanja. Namun, ada juga yang menjalankannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.
Upacara ini melibatkan:
  • Wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. 
  • Pantun sering digunakan bertujuan untuk memeriahkan majlis. 
  • Setelah pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua belah pihak akan berbincang:
    • Belanja perkahwinan, 
    • Tempoh pertunangan dan lain-lain hal yang berkaitan.
      • Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah pihak. 
  • Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang: 
    • Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus
    • Jika pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda.

Acara Kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.
 
#Adat langkah bendul: 
Sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Namun adat ini tidak lagi dipraktikkan dan jarang dijumpai pada zaman sekarang. Kebanyakkannya memberikan hadiah istimewa sebagai tanda meminta izin untuk berkahwin awal sebelum kakak pihak perempuan. Ia adalah salah satu cara adab menghormati kepada yang lebih tua.
 

-perkahwinan melayu part 1-

Assalamualaikum w.b.t.

Moh kita citer cikit adat perkahwinan melayu ni....sumber dr DIY Kahwin@wedding...

Uniknya masyarakat Melayu kerana diwarnai dengan pelbagai adat resam yang telah diwarisi sejak turun temurun. Namun begitu, apabila disedari ada beberapa adat melayu yang bercanggah dengan syariat Islam, ia tidak lagi dipraktikan pada masa kini. Berikut adalah peringkat penting dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu:

  • Merisik
  • Meminang
  • Bertunang
  • Akad Nikah
  • Berinai
  • Majlis perkahwinan
Merisik

Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu:

  • Masih belum berpunya. (Islam melarang seseorang itu meminang tunangan orang)
  • Menyelidik latar belakang si gadis. (berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa dan pengetahuan agamanya).
  • Memberikan sebentuk cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan.

Kini, adat merisik jarang dilakukan kerana pasangan kini kebiasaannya telah berkenalan terlebih dahulu, mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.
 
Meminang

Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk:

  • Menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang.
  • Perbincangan berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan kelak.

Inilah dia cincin belah rotan yang selalu diberikan semasa adat merisik dan meminang
 

Thursday, 24 January 2013

- cinta -

Assalamualaikum w.b.t.

Assalamualaikum cinta....dan apa khabar juga cinta hati saya...sudah lama rasanya saya tak cerita tentang cinta hati saya ni kan???hurmmmm....lately sebenarnye banyak sgt nak cerita berkenaan cinta hati saya ni...tapi tidak berkesempatan....blog ni tercipta pn untuk cinta hati saya baca dan tahu tentang apa yang tersurat kat hati ni...

Perkenalan kita begitu singkat kan....berkenalan dan menjalinkan hubungan dan now ni kita punyai satu ikatan...wahhh...itu apa yang kita rancang dan kita idamkan selama ini...doa kita telah termakbul....hubungan ini telah mendapat restu dari keluarga kita....dan tinggal beberapa bulan lagi kita mungkin akan disatukan...walaupun ikatan ni bagi saya masih tidak berapa kukuh tapi saya yakin ini jodoh yang Allah telah amanahkan untuk saya dan ia telah tertulis di loh mahfuz yang mungkin kamu adalah jodoh saya...

hari berganti hari untuk kita tuju ke saat kita sah untuk disatukan berbagai-bagai dugaan kita tempuh...berbagai2 macam perasaan yang saya alami...org selalu cakap kita ni sekarang tengah berdarah manis....banyak sangat dugaan yang kita harus tempuh....sejak kita ada ikatan ni...,ye saya seakan telah bertukar perwatakan....saya semakin sensatif...sensitif sangat2...entahlah....

bila saya tengok kawan2 semua ada life sendiri bersama pasangan masing2 saya rasa cemburu sangat2...cemburu....tak tahu lah....maybe saya keseorangan sekarg ni....kamu jauh kan....pujuk hati saya sendiri...allah sedang uji kita....bila mana saya nak sangat kamu di sisi saya, saya x mungkin mahu pentingkan diri saya supaya kamu buat begitu...

hurmm...bila saya cemburu sangat dengan kawan2 dan akak saya bila ia keluar....seriously saya da tak mahu ikut mereka....saya x suka tengok kemesraan die oarang....cemburu sangat2...cerita 2 minggu lepas apabila akak saya ajak saya keluar dengan bakal abg ipar saya...walhal masa tu saya dgn akk plan utk cr bju nikah kita....tahu kah perasaan saya waktu tu...apabila org lain yang memilih wrna baju apa yang sesuai untuk saya pakai masa majlis nikah kita nanti...alangkah bahagianya saya bila saya try baju tu kamu ada bersama saya...bahagianya saya waktu tu....kn???tapi saya faham kita x boleh cmtu....saya sedar jarak kita jauh...x selalunya kamu mesti ada di sisi saya...saya kena juga wat sendiri...

bila kawan post kat mana2 la tentang kemesraan...saya makin sensatif....walhal benda tu saya plan nk wat bersama kamu tapi....saya semakin sensitif....lantak korang la nk mesra bagai...tapi boleh tak jangan cerita kat aku....ko ingat aku suka sangat la ko citer kat aku....kadang2 sampai begitu sekali kan nak marah....tapi x sampai hati punya pasal xpelah...ceritalah...saya sebagai kawan kena dengar kawan saya bercerita...sedikit sebanyak cerita mereka terkesan kat hati ni...

apabila kawan mula bertanya kan...oi...lame da x dengar cerita ko ngan die...amacam???susah mahu jawab...ok jer..macam biasa.....kenapa???dan bila tanya kenapa tulah yang ada pulak kaitan nye ngan cerita die ngan pasangan die....nak xnak kena juga dengar....

sensitif la....xpelh....saya masih belajar lagi tentang satu hubungan yang dinamakan cinta....biarlah cinta kita itu sesuai pada keadaan bila mana kita begini....x selamanya kita akan duduk, tatap n buat sesuatu benda tu sama2....saya perlu berdikari....yer....saya perlu berdikari....plez....doa saya hari2 moga saya tabah untuk harungi hari2 akan datang..dia tak akan tahu apa yang ada dalam hati kita ini melainkan die lalui apa yang kita rasa....

ya allah....kuat kan lah aku..kuatkanlah aku untuk terus mendapat redha mu dan tunjuk kan lah aku jalan supaya aku tidak berkeadaan begini.....amin..amin...amin...

Friday, 18 January 2013

- perasaan -

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini tiba2 rajin nak update blog ni kn...huhuhu...sejak kebelakangan ini otak ni berfikir tidak tentu hala....badan pun tak berapa nak ok sangat...sakit2 badan...pinggang sakit...akibatnye terjatuh kot aritu...agaknye....sob...sob....sob....

tentang perasaan....tak tahu nak cerita kat sape2....nak dicerita pada kawan2...tak mungkit kot....dicerita pada keluarga..oh...tidak....oleh itu moh ler saya citer cikit2 dalam blog ni ea....bila sampai satu tahap tu saya lebih suka bersendirian kot....pack kan jadual seharian dengan kerja dan apa sahaja la yang boleh wat saya lupa pada masalah....

dulu...saya tak suka bila dok bersendirian....yer...seriously.....saya memang x  suka hidup bersendirian....xkisah la kalau saya seorang diri pun saya try utk tidak bersendiri....dok cari la kawan wat teman...wat gaduh2...dan daripada situ saya dapat isi masa saya....yelh time belajar dulu muda la lagi kot...fikiran pun x brape nak matang lagi kn....saya ramai berkawan dengan budak laki...sebab apa??sebab mereka ni x suka touching2....bila apa2 pun mereka x suka tersentap....dia faham kadang2 apa yang perempuan nak...betul dok???itu pendapat saya la...

ok back blik kat topik kita tentang perasaan...ooooooooo.....sekarang saya suka dok bersendirian...pendam kan perasaan ni sorang2 n kadang kala bila saya wat cmtu sedikit sebanyak boleh effect kat mood saya...kesihatan saya juga...bila saya da macam tu kerja saya semakin jadi tunggang langgang....ada sahaja yg x betul....bila mood jadi begitu...

sebenarnye tentang perasaan ni sedikit sensitif jgk nak bgtau...ntah la...susah okeh...susah nak cari kawan or sape2 la yang boleh dengar apa yang kita nak luahkan sepenuh nya...


Thursday, 10 January 2013

- Terumbang-ambing -

Assalamualaikum w.b.t.

Mood di masa sekarang ni masih terumbang-ambing....terumbang-ambing sebab apa???sebab banyak....dengan kesihatan pun tak tentu arah buat sekarang ni....bertahan jika masih lagi boleh bertahan....ye tak??

Kalo tak tahan mahu punah jadinya semua kan....ye....still boleh handle semua ini....berharap situasi ini tak akan berlarutan....takut keputusan yang dibuat akan menjadikan huru-hara pulak nnti....insyaallah...xde apa2...

Tuesday, 8 January 2013

- MASA UNTUK BERSENDIRIAN -

Assalamualaikum w.b.t.

Masa untuk saya merehatkan diri dari gangguan semua orang...hanya untuk fokus kepada kerja dan study sekarang ini (fullstoppppppppppppppppppp).

Masa untuk berfikir serta muhasabah diri dari apa yang ada di dalam kepala otak ni.....try untuk memuaskan hati semua orang.....