Saturday, 20 April 2013

- kelemahan ku -

Assalamualaikum w.b.t.

Satu kelemahan ku yang tidak dapat dikikis dari dulu sampai sekarang....

....AKU MUDAH MEMAAFKAN ORANG....

Dan oleh sebab itu orang selalu sahaja memainkan aku....kerana..........

....AKU MUDAH MEMAAFKAN ORANG....


Friday, 12 April 2013

- 48 days to go -

Assalamualaikum w.b.t.

Harus dilupakan apa yang di ingin ni untuk ketika ini.....banyak keinginan yg hendak dipenuhi...tapi....apa kn daya.....hanya tinggal 48 hari je lagi...

Bak kata akak2 saya kt rumah tu....beli je apa yang terasa nak....buat je apa yang dirasakan nak...pergi je ke mana saja yang nak g...tapi apakan daya...hanya tinggal 48 hari je lagi...

Ok2...copppp....mesti korang tertanya2 kan apa benda yang tinggal 48 hari tu kan???ok...meh saya cerita apa sebenarnye 48 hari tu....

Hanya tinggal 48 hari je lagi saya akan bergelar bujang....O.M.G..nak percaya atau tidak???ye2...kita harus percaya okey....tinggal 48 hari saja...apabila selak2 je kalendar kt meja ni....kira2 date penting itu..., 48 hari je...nervous...takut...sedih...gembira...semua ada....perasaan itu telah bercampur aduk...

okey..dulu time sekolah2 tu pernah berangan nk tamatkan zaman bujang ni pada usia 25 tahun....oh tidak....itu cuma angan2 yang HARUS dilupakan....dalam usia 23 tahun 8 bulan saya akan menamatkan zaman bujang atau lebih dikenali sebagai zaman enjoy2...

Oh tidak.....seperti bermimpi....jom pi toilet siram air kt badan...kalau rasa sejuk tu maka nye real la tu..ini bukan main2 ye....

Wednesday, 10 April 2013

- perkahwinan melayu part 5 -

Assalamualaikum w.b.t.

Sumber dari D.I.Y Kahwin@Wedding...

Sebelum Majlis Perkahwinan
Persiapan yang dijalankan termasuklah mendirikan bangsal penanggah, khemah tetamu, menyiapkan pelamin dan bilik pengantin serta menyediakan bunga telur. Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja sehari.


Pada hari tersebut, majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Pengantin perempuan akan diandam oleh mak andam sebelum majlis persandingan bermula. Bagi mak andam tradisional, solekan pengantin didahului dengan jampi serapah untuk menaikkan seri muka pengantin dan diberi makan sireh untuk membuang perasaan gemuruh. Ada juga pengantin yang dicukur bulu kening dan dipotong anak rambutnya supaya kelihatan lebih menarik. Adat mengasah gigi juga dilakukan bertujuan untuk meratakan gigi. Namun adat ini sudah tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu hari ini. Kini perkhidmatan di Spa dan pusat-pusat kecantikan telah mengambil alih adat ini dengan pelbagai pakej persediaan perkahwinan yang menarik. Ia memberikan servis yang lengkap dan lebih praktikal untuk pasangan zaman kini.

Semasa Majlis Perkahwinan
Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan rombongan pengantin lelaki akan disambut dengan taburan beras kunyit. Pengantin perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan pengantin akan dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang sediakan. Pada kebiasaannya, persembahan pencak silat atau juga dipanggil menyembah pengantin akan diadakan. Selepas itu, pengantin akan akan dibawa naik ke rumah untuk adat bersanding pula. Di sesetengah tempat, pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan tangga, di muka pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan. Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu membayar tebus pintu atau tebus pelamin. Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga pahar. Semasa adat bersanding diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan. Para tetamu dan jemputan yang hadir juga akan diberi bunga telur pada hari tersebut.
 
Seterusnya, majlis makan berdamai atau dipanggil juga makan beradab dijalankan. Majlis ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak. Selepas majlis selesai, kedua-dua pengantin akan bersalaman dengan kedua ibu bapa dan sanak saudara serta hadirin yang datang.
 

Selepas Majlis Perkahwinan
Di sesetengah tempat, dua atau tiga hari selepas majlis perkahwinan, pasangan pengantin tersebut akan menjalani upacara mandi sampat atau mandi berlimau. Upacara ini dilakukan sebagai simbol kedua pengantin telah selamat bersatu sebagai pasangan suami isteri yang sah. Dalam upacara ini, kedua pengantin baru akan dimandikan dengan air mayang pinang, air kelapa atau air limau. Adat ini hanya dilakukan di kalangan ahli keluarga terdekat sahaja.
 
Seminggu selepas itu, adat menyambut menantu atau mengundang menantu akan diadakan. Di sesetengah tempat ia dipanggil majlis bertandang. Majlis perkahwinan akan diadakan pula di rumah pengantin lelaki tetapi sambutannya tidaklah semeriah majlis di rumah pengantin perempuan. Ada juga yang menjalankan majlis bertandang ini dengan hanya mengadakan doa selamat yang dihadiri oleh saudara mara dan jiran sekampung tanpa mengadakan majlis persandingan.

Setelah beberapa hari di rumah pengantin lelaki, pasangan suami-isteri tersebut akan dibawa melawat ke rumah kaum keluarga dan sanak saudara. Tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim di samping kedua pengantin dapat berkenal-kenalan dengan keluarga kedua belah pihak.
 

- perkahwinan melayu part 4 -

Assalamualaikum w.b.t.

Sumber dari D.I.Y Kahwin@Wedding...

Adat Berinai

Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat:

a)Berinai curi: diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara mara terdekat sahaja.

b)Berinai kecil: diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.

c)Berinai besar: diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan.

Selepas adat berinai besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan, sebaliknya akan terus pulang ke rumah atau pun sekiranya rombongan tersebut datang dari jauh, pengantin lelaki akan bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.



- perkahwinan melayu part 3-

Assalamualaikum w.b.t.

Sumber dari D.I.Y Kahwin@Wedding...

Akad Nikah

Akad nikah adalah ajaran agama Islam didalam melansungkan perkahwinan dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Rukun nikah dibahagikan kepada 5 iaitu:

1. Pengantin lelaki
Pangantin lelaki mestilah seorang Islam, baligh, berakal, tidak berada dalam ihram atau umrah, tidak dipaksa kahwin, tidak beristeri lebih dari 4 orang, lelaki yang tertentu dan perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.

2. Pengantin perempuan
Pengantin perempuan mestilah seorang Islam, tidak berada dalam ihram haji atau umrah, bukan isteri kepada seseorang, tidak berada dalam iddah dan perempuan yang tertentu.

3. Akad (Ijab & Qabul)
Di antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul. Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul. Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul. Lafaz ijab dan qabul tidak dikaitkan dengan sesuatu perkara serta tidak dibenarkan had atau tempoh masa bagi perkahwinan itu.

4. Wali
Syarat bagi wali ialah mestilah seorang Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, seorang lelaki yang adil, tidak dipaksa, tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan bukan seorang lelaki yang fasik.

5. Dua orang saksi
Syarat-syarat bagi saksi ialah mestilah beragama Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, dapat mendengar dan melihat dengan baik, tidak pelupa atau nyanyuk, memahami bahasa yang digunakan semasa lafaz ijab dan qabul dan tidak terkena atasnya menjadi wali.

Kebiasaannya majlis akad nikah:

  • Dijalankan di rumah pengantin perempuan. 
  • Majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki. 
  • Wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan sebelum upacara dijalankan. 
  • Pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis.
  • Tok kadi akan menemui pengantin perempuan untuk bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. 
  • Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. 
  • Tok kadi akan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau (nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak..(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). 
  • Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. 
  • Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul. 
  •  
  •  
  • Selepas akad nikah:
    • Pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang
      • Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. 
      • Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan. 
    • Adat berinai akan dijalankan di mana kedua mempelai ditepung tawar. 
      • Peralatan yang digunakan untuk upacara ini ialah semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit, sepiring inai, beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar. 
      • Wakil kedua-dua pihak akan menjalankan adat tepung tawar ini dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tapak tangan pengantin. 
      • Beras kunyit dan bertih tadi pula ditabur di hadapan pengantin dan juga kepada para hadirin. 
      • Bunga telur akan diberi kepada mereka yang menepung tawar. Jumlah orang yang menepung tawar lazimnya dalam bilangan ganjil.
     

-perkahwinan melayu part 2-

Assalamualaikum w.b.t.

Sumber dari D.I.Y Kahwin@Wedding...

Bertunang

Majlis pertunangan dilangsungkan dimana pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya. Majlis kenduri diadakan bersempena pertunangan di rumah pihak perempuan. Hantaran yang diberi terdiri:

  • Tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama,
  • Sebentuk cincin
  • Hantaran:
    • Seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah.
    • Bilangan hantaran adalah Ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, atau sebelas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik.
    • Jumlah hantaran daripada pihak perempuan akan Melebihi jumlah hantaran pihak lelaki.
  • Adat menghantar belanja. Namun, ada juga yang menjalankannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.
Upacara ini melibatkan:
  • Wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. 
  • Pantun sering digunakan bertujuan untuk memeriahkan majlis. 
  • Setelah pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua belah pihak akan berbincang:
    • Belanja perkahwinan, 
    • Tempoh pertunangan dan lain-lain hal yang berkaitan.
      • Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah pihak. 
  • Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang: 
    • Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus
    • Jika pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda.

Acara Kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.
 
#Adat langkah bendul: 
Sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Namun adat ini tidak lagi dipraktikkan dan jarang dijumpai pada zaman sekarang. Kebanyakkannya memberikan hadiah istimewa sebagai tanda meminta izin untuk berkahwin awal sebelum kakak pihak perempuan. Ia adalah salah satu cara adab menghormati kepada yang lebih tua.
 

-perkahwinan melayu part 1-

Assalamualaikum w.b.t.

Moh kita citer cikit adat perkahwinan melayu ni....sumber dr DIY Kahwin@wedding...

Uniknya masyarakat Melayu kerana diwarnai dengan pelbagai adat resam yang telah diwarisi sejak turun temurun. Namun begitu, apabila disedari ada beberapa adat melayu yang bercanggah dengan syariat Islam, ia tidak lagi dipraktikan pada masa kini. Berikut adalah peringkat penting dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu:

  • Merisik
  • Meminang
  • Bertunang
  • Akad Nikah
  • Berinai
  • Majlis perkahwinan
Merisik

Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu:

  • Masih belum berpunya. (Islam melarang seseorang itu meminang tunangan orang)
  • Menyelidik latar belakang si gadis. (berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa dan pengetahuan agamanya).
  • Memberikan sebentuk cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan.

Kini, adat merisik jarang dilakukan kerana pasangan kini kebiasaannya telah berkenalan terlebih dahulu, mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.
 
Meminang

Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk:

  • Menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang.
  • Perbincangan berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan kelak.

Inilah dia cincin belah rotan yang selalu diberikan semasa adat merisik dan meminang